Tumbuhan Hiasan Pelengkap Seri Rumah
Hidup atau buatan?
Hiasan dalaman rumah yang cantik bukan sahaja memerlukan padanan warna cat, perabot dan langsir yang bersesuaian. Malah, penggunaan tumbuhan hiasan mampu memberikan impak lebih ekslusif kepada sesuatu ruang di dalam rumah. Terdapat pelbagai spesis tumbuhan hiasan "indoor" yang boleh didapati dan dibeli di tapak semaian mahupun pasaraya berdekatan.
Namun begitu, dewasa ini, disebabkan perubahan cara hidup masyarakat moden yang mempunyai masa yang lebih terhad, penggunaan tumbuhan hiasan buatan lebih menjadi pilihan. Tumbuhan hiasan buatan bukan sahaja lebih murah, tahan lama, malah memerlukan penjagaan yang minima berbanding tumbuhan hiasan "hidup".
Sumber Pengudaraan Baik
Walaubagaimanapun, tumbuhan hiasan "hidup" memiliki kelebihannya yang tersendiri. Tumbuhan hiasan "hidup" mampu membekalkan oksigen segar kepada sesuatu ruang apabila tumbuhan melakukan fotosintesis. Sesetegah tumbuhan juga mampu menapis habuk dan debu serta membersihkan udara daripada partikel-parkitel yang berbahaya. Sesetengah tumbuhan terutama tumbuhan berbunga mengeluarkan bau yang wangi. Bau wangi ini semakin kuat dan memberi lebih kesan sekiranya tumbuhan ditanam di ruang yang tertutup seperti di dalam bilik. Antara tumbuhan yang boleh digunakan adalah pokok kenanga yang mengeluarkan bau segar dan harum.


Comments
Post a Comment